20, November 2009, Kuala Lumpur, Sports Galaxy dengan bangga memaklumkan bahawa produk FLEXi ICE BAG telah pun memenangi pingat Perak dalam pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dunia 'International Trade Fair (IENA 2009) yang baru diadakan di Nuremberg, Jerman pada 5-8 November 2009 yang lalu.
Produk hasil rekaan dan inovasi oleh En. Mohd Zaihan M Zainal, Pengurus Besar Sports Galaxy dan En. Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Fakulti Pendidikan, UiTM serta kaliborasi Majlis Sukan Negara melalui Prof. Madya Dr. Anuar Suun (seorang pakar perubatan sukan) sebelum ini telah pun memenangi Pingat Emas sewaktu pertandingan peringkat UiTM (IID 2008 pada 13-15 Januari 2009) dan pertandingan peringkat kebangsaan (PECIPTA 2009 pada 8-10 Oktober 2009 di KLCC). Justeru, berbekalkan kemenangan tersebut memberikan semangat yang tinggi untuk memenangi sebarang pingat di peringkat dunia.
Namun begitu, menurut En Zaihan pihaknya tidak menyangka yang produk tersebut berjaya menambat hati juri sehingga memenangi pingat Perak iaitu suatu pengiktirafan yang tinggi dalam bidang penciptaan. Produk tersebut mendapat reaksi positif daripada setiap pengunjung yang hadir. Kebanyakan peminat bolasepak dan sukan lain di Eropah menyatakan bahawa produk itu mampu menembus pasaran Eropah dan mereka mahu ia dipasarkan segera.
Sehingga kesaat ini, produk tersebut telahpun menjalani proses-proses penghasilan secara global. Antaranya seperti menyiapkan proses legal, branding, dan sebagainya.
Produk ini dijangka dapat dipasarkan di pasaran domestik seawal April 2010 dan memasuki pasaran antarabangsa pada awal Januari 2011.
Pihak kami sangat berharap agar rakan-rakan, sahabat, pengikut serta kenalan dapat memperkenalkan kepada badan-badan sukan serta organisasi-organisasi yang saudara-saudari sertai atau kenali.
Sekian.
Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2 di Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2009 akan ditunda kepada 15 Ogos 2009. Hal tersebut adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur iaitu Saudara Mazelan , kejohanan tersebut terpaksa di tangguhkan kepada 15 hb Ogos atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Apabila diajukan mengenai adakah soal kurangnya penyertaan menyebabkan kejohanan ini ditangguhkan jawab beliau anggapan tersebut ternyata liar dan salah. Sebanarnya, setakat hari ini sebanyak 60 pasukan telah mendaftar dimana hampir 80% adalah pasukan tempatan.
Saudara Mohd Zaihan M Zainal yang merupakan pengasas kejohanan tersebut berkata bahawa perubahan tarikh tersebut adalah disebabkan mahu memastikan program tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Hal ini kerana Ketua Menteri tidak dapat meluangkan masa pada tarikh asal kejohanan iaitu 1 Ogos 2009 kerana urusan pentadbiran yang lebih utama. Justeru, tarikh 15 Ogos 2009 dikatakan tarikh yang sangat sesuai untuk beliau merasmikan kejohanan yang julung kalinya diadakan di negeri Melaka.
Selaku pengarah kepada kejohanan tersebut, Sdr Zaihan ingin mengajak seluruh pemain dan peminat futsal tanahair untuk turut serta dalam kejohanan ini yang akan mempertaruhkan Bagi kategori Lelaki hadiah untuk Johan=RM5000, Naib Johan=RM3000, Ke-3=RM1000 dan ke-4=RM500 beserta hadiah iringan masing-masing. Manakala, bagi kategoriwanita pula akan menyaksikanJohan=RM1000, Naib Johan=RM700, Ke-3=RM400 dan Ke-4=RM300.
Disebabkan tarikh kejohanan itu telah ditunda maka, tarikh tutup penyertaan juga dilanjutkan kepada 12hb Ogos 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 satu pasukan kategori lelaki dan RM 150 bagi kategori wanita
Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com email ke zaihan17@hotmail.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan).