Sdr. Mohd Zaihan M Zainal selaku Pengarah Program sedang menerangkan beberapa perkara berkenaan dengan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009.

Kejohanan yang akan diadakan di Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor bakal menyediakan pelbagai aktiviti selain daripada kejohanan futsal.


Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 itu menyediakan RM6000 tunai untuk dimenangi. Selain itu, pelbagai aktiviti dan hadiah disediakan untuk peserta serta pengunjung.

(sila klik gambar)


Menurut Sdr. Mohd Zaihan M Zainal, kejohanan ini akan berlangsung selama 2 hari bermula 11 April 2009 sehingga 12 April 2009. Ia menjadi medan untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan futsal terutama yang tinggal di desa-desa atau kampung berdekatan.


Beliau juga menambah bahawa selain perlawanan futsal, Sports Galaxy dengan kerjasama beberapa agensi akan menyediakan MINI KARNIVAL untuk para pemain serta penyokong meluangkan masa sewaktu menunggu giliran pasukan mereka bermain. Tambah beliau lagi, “pihak penganjur tidak menetapkan karnival ini hanya untuk pemain sahaja. Tetapi, ianya terbuka terutama penduduk sekitar. Mini Karnival tersebut akan menyediakan pelbagai aktiviti untuk pengunjung. Justeru, para pemain digalakkan membawa ahli keluarga bersama.


Antara agensi yang akan bersama dalam program Mini Karnival tersebut adalah Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Karangkraf, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kementerian Belia dan Sukan, Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, UiTM Shah Alam, serta beberapa agensi lain.


Sdr. Zaihan juga menggalakkan pasukan-pasukan membuat pendaftaran awal. Hal tersebut disebabkan untuk pasukan yang mendaftar sebelum 30 hb Mac 2009 hanya perlu membayar RM160. Manakala pasukan yang membayar lewat akan dikenakan kadar biasa iaitu RM 200.


Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini