Subang Jaya, Sabtu, 4hb April 2009, pendaftaran Kejohanan Futsal Jaguh Kampung dibuka khas di HTO de Futsal, Subang Jaya sempena dengan Kejohanan Futsal Konsortium Koperasi Malaysia.

Pasukan-pasukan yang mendaftar menyertai kejohanan anjuran konsortium tersebut berhak untuk mendaftar Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 dengan harga istimewa.

Dianggarkan sekurang-kurangnya 40 pasukan daripada kejohanan itu akan mendaftar untuk Jaguh Kampung. “Kita mensasarkan pasukan-pasukan yang bermain pada hari ini akan turut bersama kita di Kuala Selangor pada minggu hadapan”, kata Sdr. Mohd Zaihan M Zainal selaku Pengarah Program.

Menurut beliau, Sports Galaxy telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk pasukan-pasukan yang akan datang bertanding di Kuala Selangor minggu hadapan. Antaranya, pasukan-pasukan luar boleh membuat tempahan pangsapuri MDKS dengan harga RM90 sahaja semalam. Selain itu, pelbagai aktiviti sampingan disediakan untuk peserta, penyokong dan ahli keluarga mereka.

Program-program sampingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori kanak-kanak (12 tahun ke bawah), remaja (13-17 tahun) dan terbuka.
Program kanak-kanak adalah seperti pertandingan mewarna, kuiz, selesaikan ‘puzzle’ dan sebagainya.

Program-program remaja pula terdiri daripada pertandingan kuiz, mencipta slogan anti dadah, teka-teki dan sebagainya.

Dan kategori untuk terbuka pula seperti menimbang bola paling banyak, soal jawab, lawatan ke pusat pelancongan sekitar Kuala Selangor menaiki ‘tramp’ (sejenis pengankutan pelancongan seperti di zoo) dan sebgainya.

Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini