Sdr.Mohd Zaihan bersama penaja kejohanan futsal yang akan menyusuli Jaguh Kampung 2009


Kuala Selangor, Sabtu, 28hb Mac 2009, pendaftaran Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 hampir tiba hari-hari terakhir. Sports Galaxy selaku pihak penganjur telah menghubungi pihak media untuk memaklumkan bahawa mereka telah pun bersiap sedia untuk kejohanan tersebut.


Sdr. Mohd Zaihan M Zainal, pengarah kejohanan memberitahu bahawa pihaknya telah menerima borang penyertaan hampir 100 pasukan. Justeru, pihaknya menggalakkan pasukan-pasukan yang masih belum berdaftar agar berbuat segera kerana mendaftar sebelum 30 hb Mac 2009 hanya RM 160 sahaja. Manakala, pasukan-pasukan yang mendaftar selepas tarikh tersebut akan dikenakan bayaran asal RM 200.



Beliau juga berkata kejohanan yang menawarkan hadiah tunai hampir RM 6000 ini akan berlangsung di beberapa negeri yang telah dikenalpasti. Ia bermula dengan Kuala Selangor (11 dan 12 April 2009), Bandar Hilir, Melaka (06 Jun 2009), Port Dickson, Negeri Sembilan (08 dan 09 Ogos 2009), Batu Pahat, Johor (03 dan 04 Oktober 2009) dan Bera, Pahang (11 dan 12 Disember 2009).


Selain pertandingan futsal, Mini Karnival disediakan dengan pelbagai acara sampingan seperti gerai jualan dan pameran, persembahan pentas, kuiz, melengkapkan puzzle, mencipta slogan dan sebagainya. Sehubungan dengan itu juga pihak penganjur dengan kerjasama pihak MDKS akan menyediakan pangsapuri untuk peserta yang datang daripada luar Kuala Selangor.


Menurut Sdr. Zaihan, satu perkara yang unik dan menarik tentang kejohanan ini adalah pihaknya juga menyediakan ‘trem’ iaitu pengangkutan khas untuk membawa penumpang melawat tempat-tempat menarik di Kuala Selangor. Justeru, beliau menggalakkan agar peserta membawa ahli keluarga masing-masing.


Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini