Kuala Selangor, Khamis, 2hb April 2009, pendaftaran Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 hampir tiba hari-hari terakhir. Jika mengikut jadual asal kejohanan tersebut sepatutnya pada 4 April 2009. Namun begitu, disebabkan beberapa factor, pihak penganjur terpaksa mengubah tarikh kepada 11 April 2009. Disebabkan penundaan tersebut, Sports Galaxy memberi ruang kepada pasukan-pasukan yang belum mendaftar supaya berbuat sedemikian segera.


Pasukan yang mendaftar sebelum 4 April 2009 hanya perlu membayar RM 180 berbanding yang mendaftar selepas itu iaitu RM 200.


Setakat ini jumlah peserta cukup memberangsangkan. Hampir kesemua pasukan yang mendaftar adalah daripada pemain-pemain amatur dan pasukan baru.


Sdr. Mohd Zaihan M Zainal, pengarah kejohanan memberitahu bahawa pihaknya dalam persiapan terakhir untuk mulakan sepak mula kejohanan. Beliau juga mengingatkan kepada pasukan yang datang daripada luar Kuala Selangor agar dapat membuat tempahan rumah pangsapuri yang disediakan dengan kadar RM90 satu malam sekiranya mendaftar dengan penganjur.


Selain itu, penganjur juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk pemain dan penyokong serta kanak-kanak dan remaja. Justeru, penganjur menggalakkan pemain untuk membawa ahli keluarga masing-masing kerana sementara menunggu perlawanan seterusnya, mereka boleh menyertai pelbagai acara yang disediakan antaranya seperti kuiz, mewarna, puzzle, lawatan pusat pelancongan Kuala Selangor dan sebagainya.


Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini