Shah Alam, Rabu, 8 hb April 2009, pendaftaran Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 akan ditutup pada hari Jumaat ini bersamaan 10 April 2009 tepat jam 9 malam menurut penganjur Sports Galaxy. Sesi undian akan dilakukan pada jam 10 malam malam yang sama dengan menggunakan sistem komputer. Jadual akan dikeluarkan di laman web www.galaksisukan.blogspot.com selepas undian selesai.


Pasukan-pasukan yang berminat masih mempunyai peluang untuk mendaftar disaat-saat akhir. Sdr. Mohd Zaihan M Zainal selaku pengarah program berkata pasukan yang belum mendaftar masih mempunyai peluang untuk mendaftar. Peluang untuk merebut hadiah lebih RM6000 tunai beserta pelbagai hadiah tambahan masih terbuka.


Setakat ini kebanyakan pasukan yang mendaftar adalah daripada kawasan sekitar. Manakala, pasukan daripada luar juga turut menyatakan hasrat mereka untuk menyertai pertandingan. Antaranya adalah yang datang daripada Perak, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Melaka dan Johor. Apabila ditanya media tentang kehadiran pasukan luar, beliau menjawab bahawa kebanyakan pasukan luar tertarik dengan tempat-tempat menarik di Kuala Selangor. Jadi, mereka berharap selain bermain futsal mereka ingin meluangkan masa juga bersama ahli keluarga masing-masing.


Kepada pasukan yang datang dari luar Kuala Selangor boleh menyewa pangsapuri yang disediakan dengan kadar RM90 satu malam sekiranya mendaftar dengan penganjur. Pangsapuri tersebut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti utama seperti TV, peti sejuk, kipas, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, pangsapuri tersebut juga dilengkapi dengan dapur masak dan sesuai sekiranya membawa ahli keluarga bersama. Ini kerana pelbagai acara sampingan untuk keluarga disediakan sepanjang kejohanan.


Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini