Sdr. Zaihan dan En. Azhari Sairin, Setiausaha MDKS selepas pertemuan sempena persiapan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009.

Kuala Selangor, Rabu, 25hb Mac 2009, pihak MDKS melalui Setiausahanya iaitu En Azhari Sairin telah bersetuju untuk menyediakan kemudahan pengangkutan ‘tramp’ daripada Pusat Futsal AZAAAAS untuk mengambil penumpang yang berminat untuk melihat keindahan pekan Kuala Selangor.

Selain itu, ‘tramp’ tersebut juga akan melawat beberapa tempat menarik lain seperti kawasan peningalan sejarah di Bukit Melawati dan sebagainya. MDKS juga sangat komited dengan usaha pihak NGO seperti inisiatif Sports Galaxy untuk mengadakan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 di Kuala Selangor pada 11 dan 12 hb April 2009. Disebabka n itu, MDKS juga menyediakan beberapa fasiliti yang boleh digunakan seperti sewaan pangsapuri MDKS (3 bilik, 2 bilik air). Pangsapuri tersebut juga dilengkapi dengan TV, katil, peti sejuk, dapur masak dan sebagainya. Jadi, pasukan yang datang daripada luar kawasan Kuala Selangor boleh menempah dengan kadar RM90 shj melalui (013380 9717). Pangsapuri itu boleh menempatkan diantara 6-8 orang.

Menurut pengarah program tersebut iaitu Sdr. Mohd Zaihan M Zainal ditemui selepas pertemuannya dengan pihak MDKS, beliau sangat berharap pemain-pemain dapat membawa sekali ahli keluarga kerana pelbagai program disediakan. “Saya menggalakkan pemain untuk membawa ahli keluarga terutama kanak-kanak kerana pelbagai program disediakan. Antaranya adalah seperti gerai-gerai jualan dan pameran, pertandingan mencipta slogan, menyusun ‘puzzle’, mewarna, kuiz dan sebagainya.

Kejohanan itu menyediakan hadiah wang tunai RM6000 untuk dimena ngi. Selain itu, pelbagai aktiviti dan hadiah disediakan untuk peserta serta pengunjung.


Sdr. Zaihan juga menggalakkan pasukan-pasukan membuat pendaftaran awal. Hal tersebut disebabkan untuk pasukan yang mendaftar sebelum 30 hb Mac 2009 hanya perlu membayar RM160. Manakala pasukan yang membayar lewat akan dikenakan kadar biasa iaitu RM 200.
Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini