En. Halili bin Busu, Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Selangor ketika
merasmikan satu program anjuran AADK Daerah Kuala Selangor.

Kuala Selangor, (Ahad, 14 hb Mac 2009) Kejohanan yang dianjurkan oleh Sports Galaxy dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pusat Futsal AZAAAAS telah mendapat sokongan yang kuat daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Selangor.

Menurut En. Halili Bin Busu, Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Selangor telah menghubungi Sinar Harian bahawa beliau dan anggotanya bersedia untuk turut serta dalam Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009. Pihaknya akan berkerjasama dengan penganjur bagi membenteras gejala najis dadah daripada menular. Beliau merasakan kehadiran golongan belia di Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor akan menjadi medan penting baginya untuk memberi pendidikan serta pendedahan tentang keburukan dan kesengsaraan penggunaan najis dadah.

En. Halili bin Busu, Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Selangor

Justeru, En. Halili memaklumkan pihaknya akan menyediakan pelbagai aktiviti berkenaan penyalahgunaan dadah. Beliau sendiri akan turun padang dan akan mengacarakan program yang diaturkannya seperti Pameran Pendidikan Najis Dadah, Kuiz Pendidikan Najis Dadah, ‘Jigsaw Puzzle’ Najis Dadah, Mereka Slogan Najis Dadah.

Sehubungan dengan itu, pihaknya berharap masyarakat setempat akan turut bersama dalam memeriahkan aktiviti yang akan disediakan disamping bakal memenangi pelbagai hadiah menarik.

Selain itu, ketika menghubungi Pengarah Kejohanan, Sdr. Mohd Zaihan M Zainal menjelaskan bahawa pihaknya telah berunding dengan beberapa lagi agensi lain untuk turut serta memeriahkan hari kejohananan. “Pelbagai aktiviti desediakan oleh pihak kami untuk masyarakat setempat, peserta serta orang awam yang lain. Sebagai contoh pelbagai aktiviti akan dijalankan untuk segenap lapisan masyarakat antaranya
1. aktiviti untuk kanak-kanak – pertandingan mewarna, menyusun jigsaw puzzle dsb
2. aktiviti untuk remaja & dewasa – mereka slogan, kuiz pendidikan dsb
3. aktiviti untuk keluarga – pihak MDKS menyediakan ‘Tramp khas yang akan mengambil pengunjung dari Pusat Futsal AZAAAAS untuk membawa pengunjung meronda kawasan menarik di Kuala Selangor seperti di Bukit Melawati, Pekan Bersejarah dsb

Sdr. Zaihan juga menggalakkan pasukan-pasukan membuat pendaftaran awal. Hal tersebut disebabkan untuk pasukan yang mendaftar sebelum 30 hb Mac 2009 hanya perlu membayar RM160. Manakala pasukan yang membayar lewat akan dikenakan kadar biasa iaitu RM 200.

Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini