Satu kejohanan futsal akan diadakan pada 4 April 2009 di Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor. Lokasi pusat permainan ini berhadapan dengan pintu masuk Ibu Pejabat Daerah PDRM, Kuala Selangor. Perjalanan mengambil masa 45minit daripada pusat Bandar.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Sports Galaxy dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pusat Futsal AZAAAAS. Menurut Sdr. Mohd Zaihan M Zainal selaku pengarah program “Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 ini adalah bertujuan untuk mencongkil bakat-bakat baru dalam sukan futsal terutama daripada kalangan masyarakat kampung dan setempat.” Namun begitu, beliau juga berkata bahawa kejohanan ini terbuka kepada semua golongan masyarakat tidak kira dimana berada.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai AG Kuala Selangor yang ditemui berkata mereka mengalu-alukan kehadiran pasukan-pasukan terutama daripada luar Kuala Selangor. Menurut beliau disamping bermain futsal mereka juga boleh membawa ahli keluarga masing-masing untuk menikmati keindahan serta keunikan daerah ini yang terkenal dengan tempat bersejarah seperti Bukit Melawati serta tempat pelancongan Kelip-kelip Kg Kuantan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2hb April 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 satu pasukan. Namun begitu, pasukan yang mendaftar sebelum 30hb Mac 2009 hanya membayar RM160 sahaja. Disamping itu, 50 pasukan terawal membuat pendaftaran akan menerima hadiah istimewa daripada penaja.

En Azhari, selaku pemilik Pusat Futsal AZAAAAS pula berkata pihak pengurusannya sedang membuat persiapan awal untuk memastikan kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih RM6000 itu akan berlangsung dengan efisyen. Beliau juga menambah bahawa pemenang juga akan membawa pulang pelbagai hadiah sampingan yang dijangka menjangkau RM1500 untuk setiap pemenang.

Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

JAGUH KAMPUNG menawarkan RM3000


Nama Program : Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009
- Tempat : Pusat Futsal AZAAAAAS, Kuala Selangor
- Anjuran : Sports Galaxy dengan kerjasama Pusat Futsal
AZAAAAAS, Kuala Selangor
-Tarikh : 4/04/09

Hadiah Kejohanan
- Johan RM 3000 + iringan
- Naib Johan RM 1000 + iringan
- Ketiga RM 700 + iringan
- Keempat RM 500 + iringan

Pengenalan Sports Galaxy
- Tahun di tubuhkan 2003.
- Menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan dan kecergasan, konsultasi
sains senaman, perkhidmatan pengurusan acara, membekal produk kesihatan,
makanan tambahan serta membekal peralatan sukan dan rekreasi.

Teknikal Pertandingan
- Syarat-syarat pertandingan
- Mutu pengadilan

Borang Penyertaan
- Borang penyertaan boleh di muat turun terus dari laman web
www.keretamaya.com atau www.sportsgalaxy.com.my serta boleh terus diambil di Pusat Futsal AZAAAAAS, Kuala Selangor 03-3289 3686.
- Menghubungi Saudara Zack di talian 013-3809717 bagi penyertaan dari
kawasan lain.









Pendaftaran
- Yuran penyertaan adalah RM 200 satu pasukan.
- Penyertaan sebelum 30hb Mac 2009 hanya RM160.
- Pembayaran pendaftaran penyertaan boleh dibuat terus ke Akaun Maybank
atas nama Sports Galaxy 562106-226728.
- Selepas pembayaran dibuat, resit pembayaran hendaklah disimpan kemudian
SMS nama pasukan, nama pengurus pasukan dan no resit pembayaran ke nombor 013-3809717. (Resit pembayaran hendaklah dikemukan sewaktu taklimat dan pengundian pertandingan di lakukan pada 02hb April 2009, jam 9.00 malam.
- Pembayaran terus juga boleh dibuat di Pusat Futsal AZAAAAAS, Kuala
Selangor atau menghubungi Saudara Zack di talian 013-3809717.

Cenderahati
- 50 buah pasukan terawal yang membuat pendaftaran akan menerima
cenderahati daripada penaja.

;;

pilihan minggu ini