Satu kejohanan futsal akan diadakan pada 4 April 2009 di Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor. Lokasi pusat permainan ini berhadapan dengan pintu masuk Ibu Pejabat Daerah PDRM, Kuala Selangor. Perjalanan mengambil masa 45minit daripada pusat Bandar.

Kejohanan ini dianjurkan oleh Sports Galaxy dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pusat Futsal AZAAAAS. Menurut Sdr. Mohd Zaihan M Zainal selaku pengarah program “Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 ini adalah bertujuan untuk mencongkil bakat-bakat baru dalam sukan futsal terutama daripada kalangan masyarakat kampung dan setempat.” Namun begitu, beliau juga berkata bahawa kejohanan ini terbuka kepada semua golongan masyarakat tidak kira dimana berada.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai AG Kuala Selangor yang ditemui berkata mereka mengalu-alukan kehadiran pasukan-pasukan terutama daripada luar Kuala Selangor. Menurut beliau disamping bermain futsal mereka juga boleh membawa ahli keluarga masing-masing untuk menikmati keindahan serta keunikan daerah ini yang terkenal dengan tempat bersejarah seperti Bukit Melawati serta tempat pelancongan Kelip-kelip Kg Kuantan.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2hb April 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 satu pasukan. Namun begitu, pasukan yang mendaftar sebelum 30hb Mac 2009 hanya membayar RM160 sahaja. Disamping itu, 50 pasukan terawal membuat pendaftaran akan menerima hadiah istimewa daripada penaja.

En Azhari, selaku pemilik Pusat Futsal AZAAAAS pula berkata pihak pengurusannya sedang membuat persiapan awal untuk memastikan kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih RM6000 itu akan berlangsung dengan efisyen. Beliau juga menambah bahawa pemenang juga akan membawa pulang pelbagai hadiah sampingan yang dijangka menjangkau RM1500 untuk setiap pemenang.

Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

3 comments:

grandstand said...

Saya rasa blog ini sangat bersesuain untuk dijadikan salah satu usaha mengembalikan pembangunan bolasepak...visit azamgrandstand.blogspot.com

pjanetorres said...

bleh ke team dari negeri lain nk join????
nice blog...
visit gemesutfutsal.blogspot.com

Sports Galaxy said...

boleh....digalakkan...maner2 team boleh sertai asalkan pemain adalah rakyat malaysia...dan berani terima cabaran

pilihan minggu ini