13 Jun 2009 (Sabtu), Kejayaan menganjurkan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 1 di Kuala Selangor pada April lalu telah menyuntik semangat penganjur untuk meneruskan siri jelajah seluruh negaranya dengan tema mencungkil bakat baru sukan futsal dikalangan anak-anak kampung. Seramai hampir 80 pasukan telah mendaftar di Kuala Selangor tempoh hari.


Siri kejohanan seterusnya akan diadakan di Sports Planet, Cheng, Melaka pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) bermula 9 pagi hingga 7 petang. Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Sports Galaxy, Gerakan Belia 4B Ayer Molek Darat dan Gerakan Belia 4B Tambak Paya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi lain.

Kejohanan ini menawarkan hadiah tunai lebih RM11900 untuk pemenang. Keunikan kejohanan siri Jaguh Kampung di Melaka kali ini akan menampilkan kategori Lelaki dan Wanita.


Bagi kategori Lelaki hadiah untuk Johan=RM5000, Naib Johan=RM3000, Ke-3=RM1000 dan ke-4=RM500 beserta hadiah iringan masing-masing. Manakala, bagi kategori wanita pula akan menyaksikan Johan=RM1000, Naib Johan=RM700, Ke-3=RM400 dan Ke-4=RM300.


Yuran penyertaan pula adalah RM250 untuk kategori Lelaki dan RM150 bagi kategori Perempuan. Tarikh akhir mendaftar adalah pada 16hb Julai 2009. Manakala pasukan-pasukan yang mendaftar sebelum 20hb Julai 2009 hanya perlu membayar RM200 (Lelaki) dan RM130 (Wanita). Dan 20 pasukan terawal akan menerima hadiah istimewa daripada penganjur.


Sebarang penyertaan boleh dibuat terus dengan membuat pembayaran di akaun Maybank atas nama Sports Galaxy bernombor 562106-226728 dan kemudian terus sms nama pasukan, pengurus dan tarikh resit/ nombor resit di 013-3809717. Resit pembayaran harus disimpan untuk dibawa bersama borang pendaftaran pada sesi pendaftaran sebelum perlawanan. Borang untuk menyertai kejohanan ini boleh didapati di laman web tertera di bawah.


Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal Sports Planet, Melaka atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (Zaihan). Berita-berita mengenai kejohanan boleh didapati di Akhbar Sinar Harian dan Majlah Arena Bolasepak.

;;

pilihan minggu ini