Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Futsal Jaguh Kampung siri 02-Melaka.

9 May 2009, Ayer Molek, Melaka, Sebuah Jawatankuasa Kerja JKK untuk melaksanakan program KEJOHANAN FUTSAL JAGUH KAMPUNG 2009 siri 2 di Melaka telah dijadualkan pada 11 Julai 2009 di salah sebuah pusat permainan futsal di Melaka telah dibentuk.

Kejohanan yang telah diadakan di Kuala Selangor pada April lalu sememangnya dinantikan oleh peminat serta pemain permainan futsal ini. Kejohanan kali ini akan diadakan dengan penganjuran bersama diantara Sports Galaxy dan Pergerakan Belia 4B Cawangan Ayer Molek Darat .

Menurut Sdr. Mohd Zaihan selaku Pengarah Program, beliau sememangnya menantikan siri ini diadakan di Melaka terutama dengan kehadiran Pergerakan Belia 4B mampu memantapkan kejohanan ini. Apabila diajukan soalan kepada beliau mengenai apakah ada masalah ketika penganjuran pertama di Kuala Selangor tempoh hari, beliau menjawab memang terdapat beberapa kebejatan yang dilalui ketika menganjurkannya pada bulan April lalu. Namun, berbekalkan iltizam yang cukup tinggi berserta ahli pasukan urusetia yang mantap akhirnya beberapa masalah berjaya dihadapi dengan jayanya. Justeru, Sdr. Zaihan menambah bahawa beliau berjanji akan mengadakan sidang kejohanan di Melaka dengan kadar sifar masalah dan isu.
Sdr. Mazelan bin Muhamat Saleh, Pengerusi Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2-Melaka Anjuran Sports Galaxy dan Pergerakan Belia 4B Cawangan Ayer Molek Darat.

Selain itu, Sdr Mazelan bin Muhamat Saleh telah dilantik menjadi Pengerusi kejohanan kali ini. Beliau merupakan seorang aktivis belia tempatan yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. Kemampuan beliau akan diuji melalui kerjasama dengan Sports Galaxy dalam menganjurkan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2-Melaka. Sdr. Mazelan menyatakan bahawa penganjuran ini memberikan pengertian yang cukup tinggi bahawa kemampuan Pergerakan Belia 4B kendalian beliau dan rakan-rakan adalah ditahap yang terbaik sehingga ada pihak luar yang menaruh kepercayaan untuk berganding bahu menjayakan sebuah kejohanan yang dikira berperingkat nasional apabila bukan sahaja pasukan tempatan dari Melaka sahaja akan hadir, bahkan pasukan dari luar seperti Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, beberapa pasukan dari utara tanahair juga menyakan sokongan untuk menyertai pertandingan ini seperti dari Perak dan Pulau Pinang.

Hadiah kali ini dijangka lebih menarik daripada temasya sebelumnya. Ianya akan diumumkan melalui Sidang Media yang akan diadakan kelak. Selain itu, perkara yang menarik mengenai penganjuran kali ini adalah Kategori Wanita Terbuka juga akan diadakan. Jadi, pihak penganjur menggalakkan penyertaan pasukan wanita untuk turut serta.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Sdr.  Zaihan melalui 0133809717 atau emailkan kepada zaihan17@gmail.com atau melayari laman blog www.galaksisukan.blogspot.com. Selain itu, peserta dari sekitar melaka boleh juga menghubungi Sdr. Mazelan ditalian 016-6481770.

;;

pilihan minggu ini