Kejohanan yang dianjurkan oleh Sports Galaxy dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan serta Pusat Futsal AZAAAAS telah melantik akhbar Sinar Harian dan Radio Selangor FM 100.90 selaku media penyiar rasmi kejohanan tersebut.

Menurut Sdr. Mohd Zaihan M Zainal, Pengarah Kejohanan, “pemilihan akhbar Sinar Harian sebagai akhbar rasmi menepati golongan sasaran pertandingan kerana dewasa ini saya lihat ramai anak-anak muda serta golongan belia lebih gemar membaca akhbar ini.” Beliau mensasarkan pasukan-pasukan tempatan sekitar Kuala Selangor serta pasukan luar seperti daripada Kuala Lumpur, Perak serta Negeri Sembilan.

Sehubungan dengan itu juga pihak penganjur juga telah melantik majalah Arena Bolasepak sebagai majalah rasmi kejohanan. Pemilihan majalah tersebut adalah disebabkan pihak penganjur merasakan bahawa majalah ABS adalah majalah nombor satu sukan bolasepak di Malaysia. “Kami berharap pembaca majalah ABS akan menyertai pertandingan yang ini. Kami mencabar pasukan-pasukan yang berani untuk tampil menjadi Jaguh Kampung pertama dengan membawa pulang lebih RM6000.

Pemilihan media penyiar rasmi tersebut dianggap sebagai langkah seterusnya penganjur untuk memastikan segala informasi atau perubahan akan sampai kepada peserta dan peminat.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 2hb April 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM200 satu pasukan. Namun begitu, pasukan yang mendaftar sebelum 30hb Mac 2009 hanya membayar RM160 sahaja.

Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.

;;

pilihan minggu ini