20, November 2009, Kuala Lumpur, Sports Galaxy dengan bangga memaklumkan bahawa produk FLEXi ICE BAG telah pun memenangi pingat Perak dalam pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dunia 'International Trade Fair (IENA 2009) yang baru diadakan di Nuremberg, Jerman pada 5-8 November 2009 yang lalu.
Produk hasil rekaan dan inovasi oleh En. Mohd Zaihan M Zainal, Pengurus Besar Sports Galaxy dan En. Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Fakulti Pendidikan, UiTM serta kaliborasi Majlis Sukan Negara melalui Prof. Madya Dr. Anuar Suun (seorang pakar perubatan sukan) sebelum ini telah pun memenangi Pingat Emas sewaktu pertandingan peringkat UiTM (IID 2008 pada 13-15 Januari 2009) dan pertandingan peringkat kebangsaan (PECIPTA 2009 pada 8-10 Oktober 2009 di KLCC). Justeru, berbekalkan kemenangan tersebut memberikan semangat yang tinggi untuk memenangi sebarang pingat di peringkat dunia.
Namun begitu, menurut En Zaihan pihaknya tidak menyangka yang produk tersebut berjaya menambat hati juri sehingga memenangi pingat Perak iaitu suatu pengiktirafan yang tinggi dalam bidang penciptaan. Produk tersebut mendapat reaksi positif daripada setiap pengunjung yang hadir. Kebanyakan peminat bolasepak dan sukan lain di Eropah menyatakan bahawa produk itu mampu menembus pasaran Eropah dan mereka mahu ia dipasarkan segera.
Sehingga kesaat ini, produk tersebut telahpun menjalani proses-proses penghasilan secara global. Antaranya seperti menyiapkan proses legal, branding, dan sebagainya.
Produk ini dijangka dapat dipasarkan di pasaran domestik seawal April 2010 dan memasuki pasaran antarabangsa pada awal Januari 2011.
Pihak kami sangat berharap agar rakan-rakan, sahabat, pengikut serta kenalan dapat memperkenalkan kepada badan-badan sukan serta organisasi-organisasi yang saudara-saudari sertai atau kenali.
Sekian.