LATARBELAKANG SUKAN FUTSAL



Sukan FUTSAL adalah sejenis permainan daripada pecahan sukan bolasepak. Ianya telah mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Ketika itu, sukan bolasepak merupakan sukan yang dianggap sebagai tuhan ke-2 oleh penduduk Brazil. Dalam masa yang sama ketika era tersebut bandar Rio De Jenero sangat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan optimum.


Bandaraya Rio de Jenero merupakan ibukota Brazil. Masyarakat di kota tersebut masih lagi bermain bolasepak di mana sahaja tempat yang sesuai. Dan pada kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan. Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bolasepak didalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan. Daripada itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan dan cara yang agak berbeda sedikit berbanding dengan bolasepak di padang. Dan akhirnya mereka menggelar permainan cara itu dengan panggilan ‘FUTSAL’ yang bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil).


Kebanjiran pusat-pusat futsal mula beroperasi di Malaysia seawall tahun 2001 apabila Sports Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, industri ini berkembang dengan pesat terutama di kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Selangor serta Johor Baharu. Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini dibeberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat terbuka.


Oleh sebab itu, kami dari SPORTS GALAXY juga tidak mahu ketinggalan dalam sama-sama mengemilangkan sukan futsal ini. Idea asal datang apabila Sdr. Zaihan mendapati prestasi sukan bolasepak Negara semakin merosot. Justeru, sesuatu harus dilakukan. Oleh yang demikian, melalui beberapa penelitian dan perbincangan kami memilih untuk keluar daripada kepompong biasa iaitu mengadakan kejohanan atau pertandingan di kawasan-kawasan bandar. Kami percaya bahawa pasukan-pasukan daripada kampung-kampung juga mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk berkembang.

0 comments:

pilihan minggu ini