PRS A JAGUH KAMPUNG PERTAMA

Pasukan PRS A Johan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009, Kuala Selangor.

Kuala Selangor, 12 hb April 2009, Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 telah berjaya menggumpulkan 80 pasukan tempatan dan luar. Selain daripada pasukan-pasukan di sekitar Kuala Selangor, pasukan-pasukan daripada luar yang turut menyertai kejohanan ini seperti daripada Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Kejohanan terbuka ini telah menjadi medan untuk pemain-pemain menunjukkan kebolehan dan iltizam mereka untuk memenangi perlawanan masing-masing.

Sesi taklimat oleh pengadil bertauliah dan pihak penganjur.

Kejohanan ini berlangsung sehari bermula dengan sesi pendaftaran, kemudian sesi taklimat teknikal dan kejohanan, disusuli dengan kehadiran Y.B. Amirudin Shari selaku Exco Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor yang mewakili Menteri Besar untuk merasmikan kejohanan ini.


Selesai majlis tersebut, Y.B. Amirudin mengambil peluang untuk bertemu dengan pemain-pemain serta bergambar bersama mereka. Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri dalam program-program seumpama itu.




Pasukan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Lumpur telah mengungguli kejohanan ini dimana pasukannya dengan nama PRS A telah menjadi Johan pertama siri Jaguh Kampung ini. Selain itu, Naib Johan adalah pasukan Kelab FC dari Melaka, ketiga Semecher FC daripada Johor dan keempat Desa Murni dari Pahang.

Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati dengan penganjuran kejohanan ini kerana menurut mereka bukan sahaja dapat mempamerkan bakat dalam sukan futsal malah, boleh beriadah dan bersantai bersama keluarga dan teman kerana banyak program dan acara sampingan disediakan. Antaranya pertandingan mewarna, kuiz anti dadah, puzzle anti dadah, gerai-gerai jualan dan pameran dan sebagainya. Selain itu, yang paling menarik sekali adalah program meronda sekitar kawasan menarik di Kuala Selangor dengan ‘tramp’ khas yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Jadi, kebanyakan pemain mengambil kesempatan untuk menaiki ‘trip pelancongan’ tersebut sementara menantikan perlawanan seterusnya.


Menurut Sdr. Mohd Zaihan M Zainal, beliau sangat berpuas hati dengan penganjuran pertama Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009. Beliau juga sangat berterima kasih kepada agensi-agensi terlibat seperti MDKS, AADK, Pusat Futsal AZAAAAS, Pejabat Menteri Besar Selangor, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan sebagainya. Selain itu, ucapan penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan berkenaan kejohanan seperti akhbar Sinar Harian, akhbar Kosmo, Majalah Arena Bolasepak serta stesen radio Selangor FM dan TV3. Sports Galaxy sebagai penganjur juga berterima kasih atas segala sumbangan daripada Sports ES Enterprise yang menaja pakaian serta hadiah, CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd yang menaja Sloan’s (sejenis krim pemanas yang sesuai digunakan oleh pemain futsal), Proviton sejenis multivitamin yang baik untuk menjana tenaga. Selain itu, beliau juga menyatakan penghargaannya kepada semua yang memberi sumbangan secara fizikal mahupun usaha dan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sports Galaxy juga memohon maaf sekiranya terdapat ketidaksempurnaan dan kepincangan sepanjang menganjurkan program ini. Pihak penganjur sangat berharap agar peserta dapat memberikan cadangan dan komen agar pihaknya dapat memperbaiki mutu penganjuran dimasa akan datang. Sebarang komen boleh ditujukan kepada Sdr Zaihan di talian 013-3809717 atau emailkan ke zaihan17@hotmail.com atau layari http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com.

Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2 pula akan diadakan di Melaka pada bulan Jun 2009. Segala butiran mengenai kejohanan boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com.

;;

pilihan minggu ini