Salam sejahtera kepada semua,
Ingin dimaklum, saya Mohd Zaihan M Zainal melalui syarikat Sports Galaxy bersama-sama En Noorazam Abd Razak, UiTM dan Prof Madya Dr. Anuar Suun, Majlis Sukan Negara akan mempertandingkan FLEXi Ice Bag ciptaan kami ke PECIPTA 2009 (satu pertandingan rekacipta peringkat nasional yang diurustadbir oleh Kementerian Pengajian Tinggi) pada 8 - 10 October 2009 (Khamis-Sabtu) di Hall 1 and 2, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) http://www.pecipta09.um.edu.my


Introduksi FLEXi Ice Bag
Ia adalah sejenis karung air batu beserta cantuman tali getah bersayap (stretchable attached wing bandage).

Sejarah Penciptaan FLEXi Ice Bag
Sejarah ciptaan bermula ketika saya menjawat sebagai Ketua, Unit Rehabilitasi dan Sukan, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) apabila pernah acap kali menerima teguran daripada jurulatih pasukan Selangor ketika itu, En. Dollah Salleh yang mendakwa pengurusan kecederaan trauma yang saya jalankan di padang sewaktu perlawanan berlangsung kadang-kala mengambil masa yang lama sehingga mengganggu tumpuannya dalam perlawanan tersebut. Hal ini adalah disebabkan cara lama yang mana 'ice bag'perlu ditekan ke kawasan cedera dan memerlukan 'bandage' untuk dililitkan dikawasan cedera itu. Kebiasaannya, melilit kawasan cedera mengambil masa diantara 1.5-2 minit.

Disebabkan sering menerima teguran daripada jurulatih, saya mengambil keputusan untuk mendapatkan idea baru tentang bagaimana untuk mengurangkan masa pengurusan kecederaan trauma ketika perlawanan berlangsung. Pelbagai usaha dan inisiatif diambil yang antaranya menetapkan masa pengurusan kecederaan, membuat keputusan segera mengenai pemain boleh meneruskan perlawanan atau tidak dan sebagainya.


Setelah beberapa bulan, idea untuk mencipta sesuatu yang baru atau mengimprovasi produk sedia ada hadir ketika berada di Beirut, Lebanon sekitar Oktober 2006. Berada di Beirut selama 10 hari atas alasan tugasan hakiki telah menyediakan idea yang agak samar-samar. Justeru, sekembalinya di Kuala Lumpur saya segera bertemu En. Mohd Noorazam Abd Razak yang ketika itu masih menuntut di Universiti Malaya untuk menghabiskan Ijazah Sarjananya dalam bidang Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Pertemuan pertama itu, menghasilkan resolusi untuk mendapatkan pelbagai journal dan kajian-kajian akademik dan praktikal @ eksperimen daripada serata dunia. Pencarian bahan-bahan berkaitan akhirnya memakan masa lebih kurang 6 bulan.


Pertemuan seterusnya pada awal May 2007, telah menyaksikan pelbagai bahan dapat dikumpul. Bahan-bahan itu dikaji dan penghasilannya dibawa bersama bertemu dengan seorang pakar Sains Sukan Prof. Madya Dr. Anuar Suun. Beliau pernah menjadi Dekan di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM. Selain itu, beliau juga banyak terlibat dengan projek-projek besar berkaitan sukan seperti menjadi pakar perubatan ketika Sukan Komenwealth di Kuala Lumpur, Pakar Perubatan Pengiring bagi pasukan kebangsaan dan sebagainya. Sekarang beliau bertugas sebagai salah seorang Pengarah Jabatan, di Majlis Sukan Negara.

Hasil beberapa perbincangan dan pertemuan diantara kami bertiga akhirnya memutuskan untuk membawa bahan ciptaan untuk menghasilkan unit prototaip. Unit prototaip pertama terhasil pada sekitar Disember 2007. Kemudian, beberapa improvasi dibuat untuk menghasilkan ciptaan yang lebih praktikal, mudah dan memendekkan masa. Pada Jun 2008, prototaip terakhir tercipta dan hasilnya agak menakjubkan sehingga mendapat pujian daripada beberapa personaliti sukan daripada pelbagai bidang lapangan sukan. Setelah mendapat persetujuan, kami telah membuat 20 unit untuk dijadikan bahan ujikaji. Beberapa unit saya berikan untuk dicuba dan mendapatkan maklumbalas daripada mereka. Beberapa orang rakan yang juga Fisioterapis daripada beberapa pasukan bolasepak profesional yang lain menerimanya dan dicuba-kan pada pemain.

Rata-rata maklum balas adalah positif dan majoriti mendakwa FLEXi Ice Bag sangat praktikal, mudah dan mengambil masa hanya bawah 15 saat untuk siap (tidak seperti cara konvensional menggunkan ice bag dan bandage=hampir 2 minit).

Ketika FLEXi Ice Bag masih dalam kajian dan percubaan, En. Mohd Noorazam Abd Razak yang telah menjadi Pensyarah di Fakulti Pendidikan, UiTM menyampaikan maklumat mengenai satu pertandingan reka-cipta peringkat universiti akan diaadakan pada November 2008. Berbekalkan keyakinan dan beberapa 'quotation' daripada beberapa personaliti sukan yang telah mencuba 'ice bag' ini kami sertai IID 2008 di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam. Pameran selama 3 hari itu akhirnya memaklumkan bahawa FLEXi Ice Bag memenangi 'Silver Medal'.

Untuk makluman semua, kami telah mempertandingkan 3 ciptaan @ rekaan iaitu

1. The Leg Cooler (Gold Medal)*

2. FLEXi Ice Bag (Silver Medal)

3. The Recharger Bath Tub (saguhati)**

*The Leg Cooler juga telah dipertandingkan diperingkat kebangsaan pada ITEX 2009 di KLCC pada April 2009 dan memenangi Silver Medal dan bakal mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.
**The Recharger Bath Tub yang hanya mendapat saguhati sahaja pada IID 2008 telah digunakan oleh pasukan bolasepak profesional PKNS FC yang bermain di Liga Perdana Malaysia.

Kelebihan FLEXi Ice Bag
1. Mudah
2. Lebih Praktikal
3. Cepat dan menjimatkan masa (8-15 saat)
4. Mengurangkan kesakitan terutama pada maskular dan tulang.
5. Mempercepatkan proses rehabilitasi.
6. Mengantikan penggunaan beg plastik ais yang tidak tahan sejuk.....(air batu cepat cair)


Salam Aidilfitri


PERTUKARAN TARIKH KEJOHANAN


Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2 di Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2009 akan ditunda kepada 15 Ogos 2009. Hal tersebut adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur iaitu Saudara Mazelan , kejohanan tersebut terpaksa di tangguhkan kepada 15 hb Ogos atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Apabila diajukan mengenai adakah soal kurangnya penyertaan menyebabkan kejohanan ini ditangguhkan jawab beliau anggapan tersebut ternyata liar dan salah. Sebanarnya, setakat hari ini sebanyak 60 pasukan telah mendaftar dimana hampir 80% adalah pasukan tempatan.


Saudara Mohd Zaihan M Zainal yang merupakan pengasas kejohanan tersebut berkata bahawa perubahan tarikh tersebut adalah disebabkan mahu memastikan program tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Hal ini kerana Ketua Menteri tidak dapat meluangkan masa pada tarikh asal kejohanan iaitu 1 Ogos 2009 kerana urusan pentadbiran yang lebih utama. Justeru, tarikh 15 Ogos 2009 dikatakan tarikh yang sangat sesuai untuk beliau merasmikan kejohanan yang julung kalinya diadakan di negeri Melaka.


Selaku pengarah kepada kejohanan tersebut, Sdr Zaihan ingin mengajak seluruh pemain dan peminat futsal tanahair untuk turut serta dalam kejohanan ini yang akan mempertaruhkan Bagi kategori Lelaki hadiah untuk Johan=RM5000, Naib Johan=RM3000, Ke-3=RM1000 dan ke-4=RM500 beserta hadiah iringan masing-masing. Manakala, bagi kategoriwanita pula akan menyaksikanJohan=RM1000, Naib Johan=RM700, Ke-3=RM400 dan Ke-4=RM300.


Disebabkan tarikh kejohanan itu telah ditunda maka, tarikh tutup penyertaan juga dilanjutkan kepada 12hb Ogos 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 satu pasukan kategori lelaki dan RM 150 bagi kategori wanita


Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com email ke zaihan17@hotmail.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan).

Kejohanan yang dianjurkan oleh Sports Galaxy, Gerakan Belia 4B Ayer Molek Darat dan Tamb dengan kerjasama Kementeriak Paya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melantik akhbar Sinar Harian selaku media penyiar rasmi kejohanan tersebut.

Menurut Sdr. Mazlan, Pengarah Kejohanan, “pemilihan akhbar Sinar Harian sebagai akhbar rasmi menepati golongan sasaran pertandingan kerana dewasa ini saya lihat ramai anak-anak muda serta golongan belia lebih gemar membaca akhbar ini.” Beliau mensasarkan pasukan-pasukan tempatan sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor serta pasukan luar seperti daripada Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang akan turut memeriahkan kejohanan ini.

Sehubungan dengan itu juga pihak penganjur juga telah melantik majalah Arena Bolasepak sebagai majalah rasmi kejohanan. Pemilihan majalah tersebut adalah disebabkan pihak penganjur merasakan bahawa majalah ABS adalah majalah nombor satu sukan bolasepak di Malaysia. “Kami berharap pembaca majalah ABS akan menyertai pertandingan yang ini.

Pemilihan media penyiar rasmi tersebut dianggap sebagai langkah seterusnya penganjur untuk memastikan segala informasi atau perubahan akan sampai kepada peserta dan peminat.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb Julai 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 satu pasukan kategori lelaki dan RM 150 bagi kategori wanita. Namun begitu, pasukan yang mendaftar sebelum 20hb Julai 2009 hanya membayar RM200 (Lelaki) dan RM 130 (Wanita).

Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com email ke zaihan17@hotmail.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan).


;;

pilihan minggu ini