Jawatankuasa Kerja Kejohanan FUTSAL JAGUH KAMPUNG 2009-siri 2-Melaka dibentuk.
0 comments Dihantar oleh Sports Galaxy pada 9:48 PMSukan FUTSAL adalah sejenis permainan daripada pecahan sukan bolasepak. Ianya telah mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Ketika itu, sukan bolasepak merupakan sukan yang dianggap sebagai tuhan ke-2 oleh penduduk
Bandaraya Rio de Jenero merupakan ibukota
Kebanjiran pusat-pusat futsal mula beroperasi di
Oleh sebab itu, kami dari SPORTS GALAXY juga tidak mahu ketinggalan dalam sama-sama mengemilangkan sukan futsal ini. Idea asal datang apabila Sdr. Zaihan mendapati prestasi sukan bolasepak Negara semakin merosot. Justeru, sesuatu harus dilakukan. Oleh yang demikian, melalui beberapa penelitian dan perbincangan kami memilih untuk keluar daripada kepompong biasa iaitu mengadakan kejohanan atau pertandingan di kawasan-kawasan bandar. Kami percaya bahawa pasukan-pasukan daripada kampung-kampung juga mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk berkembang.
KOLEKSI GAMBAR KEJOHANAN FUTSAL JAGUH KAMPUNG 2009 DI KUALA SELANGOR
0 comments Dihantar oleh Sports Galaxy pada 2:44 AMKejohanan ini berlangsung sehari bermula dengan sesi pendaftaran, kemudian sesi taklimat teknikal dan kejohanan, disusuli dengan kehadiran Y.B. Amirudin Shari selaku Exco Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor yang mewakili Menteri Besar untuk merasmikan kejohanan ini.
Selesai majlis tersebut, Y.B. Amirudin mengambil peluang untuk bertemu dengan pemain-pemain serta bergambar bersama mereka. Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri dalam program-program seumpama itu.
Pasukan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Lumpur telah mengungguli kejohanan ini dimana pasukannya dengan nama PRS A telah menjadi Johan pertama siri Jaguh Kampung ini. Selain itu, Naib Johan adalah pasukan Kelab FC dari Melaka, ketiga Semecher FC daripada Johor dan keempat Desa Murni dari Pahang.
Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati dengan penganjuran kejohanan ini kerana menurut mereka bukan sahaja dapat mempamerkan bakat dalam sukan futsal malah, bol
Sports Galaxy juga memohon maaf sekiranya terdapat ketidaksempurnaan dan kepincangan sepanjang menganjurkan program ini. Pihak penganjur sangat berharap agar peserta dapat memberikan cadangan dan komen agar pihaknya dapat memperbaiki mutu penganjuran dimasa akan datang. Sebarang komen boleh ditujukan kepada Sdr Zaihan di talian 013-3809717 atau emailkan ke zaihan17@hotmail.com atau layari http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com.
Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2 pula akan diadakan di Melaka pada bulan Jun 2009. Segala butiran mengenai kejohanan boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com.
JAGUH KAMPUNG TUTUP PENDAFTARAN JUMAAT, 10 APRIL 2009, 9 MALAM
0 comments Dihantar oleh Sports Galaxy pada 2:58 AMShah Alam, Rabu, 8 hb April 2009, pendaftaran Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 akan ditutup pada hari Jumaat ini bersamaan 10 April 2009 tepat jam 9 malam menurut penganjur Sports Galaxy. Sesi undian akan dilakukan pada jam 10 malam malam yang sama dengan menggunakan sistem komputer. Jadual akan dikeluarkan di laman web www.galaksisukan.blogspot.com selepas undian selesai.
Pasukan-pasukan yang berminat masih mempunyai peluang untuk mendaftar disaat-saat akhir. Sdr. Mohd Zaihan M Zainal selaku pengarah program berkata pasukan yang belum mendaftar masih mempunyai peluang untuk mendaftar. Peluang untuk merebut hadiah lebih RM6000 tunai beserta pelbagai hadiah tambahan masih terbuka.
Setakat ini kebanyakan pasukan yang mendaftar adalah daripada kawasan sekitar. Manakala, pasukan daripada luar juga turut menyatakan hasrat mereka untuk menyertai pertandingan. Antaranya adalah yang datang daripada Perak, Negeri Sembilan,
Kepada pasukan yang datang dari luar Kuala Selangor boleh menyewa pangsapuri yang disediakan dengan kadar RM90 satu malam sekiranya mendaftar dengan penganjur. Pangsapuri tersebut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti utama seperti TV, peti sejuk, kipas, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Selain itu, pangsapuri tersebut juga dilengkapi dengan dapur masak dan sesuai sekiranya membawa ahli keluarga bersama. Ini kerana pelbagai acara sampingan untuk keluarga disediakan sepanjang kejohanan.
Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal AZAAAAS, Kuala Selangor (03-32893686) atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (zack). Atau sentiasa mendengar Radio RTM Selangor FM 100.90 untuk mendapatkan berita terkini mengenai kejohanan.


