LEG COOLER SHOW...

Hye!! Di jemput sume kawan2 datang ke pameran ITEX 09, bertempat di KLCC, exhibition hall 1, 15-17 May.. Di buka dari pukul 8pagi hingga 8 malam... U all bleh tgk sendiri baldi dan kerusi "transform" di booth kami!!!menarik kan!!! So.. apa lagi, datang lah beramai2 di booth kami number 22.. antara produk UITM yang paling laris setakat ini..

Leg cooler diilhamkan oleh En.Norazam iaitu pensyarah di fakulti pendidikan ,En .Zaihan bertugas di sport galaxy dan prof.Madya Dr.Anuar berkhidmat di Majlis Sukan Negara(MSN), idea ini datang daripada perbincangan dan pengalaman daripada mereka .

Fungsi leg cooler antaranya adalah menbuat rawatan kesegaran kepada kaki kerana kaki adalah bahagian yang penting kepada badan , rawatan leg cooler ini akan memberi keselesaan juga memberi kesan kepada seluruh badan . Kebiasaanya setiap orang akan bersukan untuk mengisi masa lapang dan juga untuk menjaga kesihatan diri contohnya rawatan ini boleh digunakan oleh atlit-atlit sukan yang mengalami kecederaan contohnya bengkak dan lebam pada buku lali , bukan golongan atlit sahaja yang berpeluang menggunakan rawatan ini ia juga boleh digunakan oleh semua golongan ,selain itu juga rawatan leg cooler ini boleh digunakan untuk melegakan kaki apabila seharian berjalan dan melakukan aktiviti harian ,boleh di bawa kemana sahaja kerana alat ini mempunyai roda senang dibawa kemana sahaja contohnya semasa menonton television.

Rawatan ini pernah digunakan oleh atlit bola sepak negara iaitu Hardi Jaafar ,beliau mencuba rawatan ini selama beberapa harian dan amat berpuas hati dengan rawatan ini ,selain itu kajian pernah dibuat untuk membandingkan keberkesanan rawatan leg cooler ini ,iaitu rawatan ini dilakukan diantara orang yang mengalami lebam di bahagian buku lali kaki, dimana situasi yang berbeza iaitu mengguna baldi dan satu lagi menggunakan leg cooler ,hasilnya selama 5 hari didapati rawatn leg cooler menberi keberkesanan yang lebih daripada menggunakan baldi.


Datanglah beramai-ramai untuk berkenalan dengan leg cooler show , bukan sahaja ciptaan ini ditampilkan terdapat lagi bermacam macam kajian lain yang ditampilkan untuk tontonan masyarakat iaitu daripada pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta jabatan kerja dan juga sektor perkerjaan lain .

Hari pertama disini sudah menampilkan bermacam-macam rekaan yang biasa dan luar biasa untuk kegunaan dalam kehidupan harian contohnya dalam bidang teknologi , masakan dan makanan ,kraftangan , pakaian ,elektrik dan elektronik dan sebagainya .Anda semua pasti berpuashati dengan kedatangan dan lawatan anda kesini dengan mendapat pelbagai ilmu dan pengetahuan berguna untuk dipelajari.

Please Welcome all of you ....


Ahli Jawatankuasa Kerja Kejohanan Futsal Jaguh Kampung siri 02-Melaka.

9 May 2009, Ayer Molek, Melaka, Sebuah Jawatankuasa Kerja JKK untuk melaksanakan program KEJOHANAN FUTSAL JAGUH KAMPUNG 2009 siri 2 di Melaka telah dijadualkan pada 11 Julai 2009 di salah sebuah pusat permainan futsal di Melaka telah dibentuk.

Kejohanan yang telah diadakan di Kuala Selangor pada April lalu sememangnya dinantikan oleh peminat serta pemain permainan futsal ini. Kejohanan kali ini akan diadakan dengan penganjuran bersama diantara Sports Galaxy dan Pergerakan Belia 4B Cawangan Ayer Molek Darat .

Menurut Sdr. Mohd Zaihan selaku Pengarah Program, beliau sememangnya menantikan siri ini diadakan di Melaka terutama dengan kehadiran Pergerakan Belia 4B mampu memantapkan kejohanan ini. Apabila diajukan soalan kepada beliau mengenai apakah ada masalah ketika penganjuran pertama di Kuala Selangor tempoh hari, beliau menjawab memang terdapat beberapa kebejatan yang dilalui ketika menganjurkannya pada bulan April lalu. Namun, berbekalkan iltizam yang cukup tinggi berserta ahli pasukan urusetia yang mantap akhirnya beberapa masalah berjaya dihadapi dengan jayanya. Justeru, Sdr. Zaihan menambah bahawa beliau berjanji akan mengadakan sidang kejohanan di Melaka dengan kadar sifar masalah dan isu.
Sdr. Mazelan bin Muhamat Saleh, Pengerusi Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2-Melaka Anjuran Sports Galaxy dan Pergerakan Belia 4B Cawangan Ayer Molek Darat.

Selain itu, Sdr Mazelan bin Muhamat Saleh telah dilantik menjadi Pengerusi kejohanan kali ini. Beliau merupakan seorang aktivis belia tempatan yang mempunyai kebolehan yang pelbagai. Kemampuan beliau akan diuji melalui kerjasama dengan Sports Galaxy dalam menganjurkan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2-Melaka. Sdr. Mazelan menyatakan bahawa penganjuran ini memberikan pengertian yang cukup tinggi bahawa kemampuan Pergerakan Belia 4B kendalian beliau dan rakan-rakan adalah ditahap yang terbaik sehingga ada pihak luar yang menaruh kepercayaan untuk berganding bahu menjayakan sebuah kejohanan yang dikira berperingkat nasional apabila bukan sahaja pasukan tempatan dari Melaka sahaja akan hadir, bahkan pasukan dari luar seperti Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, beberapa pasukan dari utara tanahair juga menyakan sokongan untuk menyertai pertandingan ini seperti dari Perak dan Pulau Pinang.

Hadiah kali ini dijangka lebih menarik daripada temasya sebelumnya. Ianya akan diumumkan melalui Sidang Media yang akan diadakan kelak. Selain itu, perkara yang menarik mengenai penganjuran kali ini adalah Kategori Wanita Terbuka juga akan diadakan. Jadi, pihak penganjur menggalakkan penyertaan pasukan wanita untuk turut serta.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Sdr.  Zaihan melalui 0133809717 atau emailkan kepada zaihan17@gmail.com atau melayari laman blog www.galaksisukan.blogspot.com. Selain itu, peserta dari sekitar melaka boleh juga menghubungi Sdr. Mazelan ditalian 016-6481770.

LATARBELAKANG SUKAN FUTSAL



Sukan FUTSAL adalah sejenis permainan daripada pecahan sukan bolasepak. Ianya telah mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Ketika itu, sukan bolasepak merupakan sukan yang dianggap sebagai tuhan ke-2 oleh penduduk Brazil. Dalam masa yang sama ketika era tersebut bandar Rio De Jenero sangat pesat membangun dengan kapasiti penduduk yang melebihi kadar kependudukan optimum.


Bandaraya Rio de Jenero merupakan ibukota Brazil. Masyarakat di kota tersebut masih lagi bermain bolasepak di mana sahaja tempat yang sesuai. Dan pada kebiasaannya mereka bermain di padang yang terbuka sehinggalah padang permainan semakin berkurangan atas sebab pembangunan. Lantas, beberapa anak muda mendapati dewan-dewan tertutup jarang digunakan dan memberikan peluang untuk mereka bermain bolasepak didalam dewan tersebut. Secara tidak langsung ia menjadi ikutan di beberapa tempat lain di Brazil sehingga mereka mula mengadakan perlawanan secara persahabatan dan pertandingan. Daripada itulah mereka memajukan permainan ini dengan peraturan dan cara yang agak berbeda sedikit berbanding dengan bolasepak di padang. Dan akhirnya mereka menggelar permainan cara itu dengan panggilan ‘FUTSAL’ yang bermaksud fut=futbol (bolasepak dalam bahasa Brazil) sal=sallon (dewan tertutup dalam bahasa Brazil).


Kebanjiran pusat-pusat futsal mula beroperasi di Malaysia seawall tahun 2001 apabila Sports Planet mula beroperasi di Sunway dan Shah Alam. Kemudian, industri ini berkembang dengan pesat terutama di kawasan bandaraya seperti Kuala Lumpur dan Selangor serta Johor Baharu. Dengan adanya pusat-pusat permainan futsal ini dibeberapa lokasi strategik menjadikan sukan ini semakin popular terutama dikalangan remaja dan belia. Justeru, ramai penganjur kejohanan mengambil kesempatan mengadakan pertandingan baik secara tertutup mahupun bersifat terbuka.


Oleh sebab itu, kami dari SPORTS GALAXY juga tidak mahu ketinggalan dalam sama-sama mengemilangkan sukan futsal ini. Idea asal datang apabila Sdr. Zaihan mendapati prestasi sukan bolasepak Negara semakin merosot. Justeru, sesuatu harus dilakukan. Oleh yang demikian, melalui beberapa penelitian dan perbincangan kami memilih untuk keluar daripada kepompong biasa iaitu mengadakan kejohanan atau pertandingan di kawasan-kawasan bandar. Kami percaya bahawa pasukan-pasukan daripada kampung-kampung juga mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk berkembang.







































PRS A JAGUH KAMPUNG PERTAMA

Pasukan PRS A Johan Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009, Kuala Selangor.

Kuala Selangor, 12 hb April 2009, Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 telah berjaya menggumpulkan 80 pasukan tempatan dan luar. Selain daripada pasukan-pasukan di sekitar Kuala Selangor, pasukan-pasukan daripada luar yang turut menyertai kejohanan ini seperti daripada Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.

Kejohanan terbuka ini telah menjadi medan untuk pemain-pemain menunjukkan kebolehan dan iltizam mereka untuk memenangi perlawanan masing-masing.

Sesi taklimat oleh pengadil bertauliah dan pihak penganjur.

Kejohanan ini berlangsung sehari bermula dengan sesi pendaftaran, kemudian sesi taklimat teknikal dan kejohanan, disusuli dengan kehadiran Y.B. Amirudin Shari selaku Exco Sukan dan Kebudayaan Negeri Selangor yang mewakili Menteri Besar untuk merasmikan kejohanan ini.


Selesai majlis tersebut, Y.B. Amirudin mengambil peluang untuk bertemu dengan pemain-pemain serta bergambar bersama mereka. Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan penuh kerajaan negeri dalam program-program seumpama itu.




Pasukan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Lumpur telah mengungguli kejohanan ini dimana pasukannya dengan nama PRS A telah menjadi Johan pertama siri Jaguh Kampung ini. Selain itu, Naib Johan adalah pasukan Kelab FC dari Melaka, ketiga Semecher FC daripada Johor dan keempat Desa Murni dari Pahang.

Kebanyakan pengunjung sangat berpuas hati dengan penganjuran kejohanan ini kerana menurut mereka bukan sahaja dapat mempamerkan bakat dalam sukan futsal malah, boleh beriadah dan bersantai bersama keluarga dan teman kerana banyak program dan acara sampingan disediakan. Antaranya pertandingan mewarna, kuiz anti dadah, puzzle anti dadah, gerai-gerai jualan dan pameran dan sebagainya. Selain itu, yang paling menarik sekali adalah program meronda sekitar kawasan menarik di Kuala Selangor dengan ‘tramp’ khas yang disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor. Jadi, kebanyakan pemain mengambil kesempatan untuk menaiki ‘trip pelancongan’ tersebut sementara menantikan perlawanan seterusnya.


Menurut Sdr. Mohd Zaihan M Zainal, beliau sangat berpuas hati dengan penganjuran pertama Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009. Beliau juga sangat berterima kasih kepada agensi-agensi terlibat seperti MDKS, AADK, Pusat Futsal AZAAAAS, Pejabat Menteri Besar Selangor, Kementerian Belia dan Sukan, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor dan sebagainya. Selain itu, ucapan penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan berkenaan kejohanan seperti akhbar Sinar Harian, akhbar Kosmo, Majalah Arena Bolasepak serta stesen radio Selangor FM dan TV3. Sports Galaxy sebagai penganjur juga berterima kasih atas segala sumbangan daripada Sports ES Enterprise yang menaja pakaian serta hadiah, CCM Pharmaceuticals Sdn Bhd yang menaja Sloan’s (sejenis krim pemanas yang sesuai digunakan oleh pemain futsal), Proviton sejenis multivitamin yang baik untuk menjana tenaga. Selain itu, beliau juga menyatakan penghargaannya kepada semua yang memberi sumbangan secara fizikal mahupun usaha dan kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Sports Galaxy juga memohon maaf sekiranya terdapat ketidaksempurnaan dan kepincangan sepanjang menganjurkan program ini. Pihak penganjur sangat berharap agar peserta dapat memberikan cadangan dan komen agar pihaknya dapat memperbaiki mutu penganjuran dimasa akan datang. Sebarang komen boleh ditujukan kepada Sdr Zaihan di talian 013-3809717 atau emailkan ke zaihan17@hotmail.com atau layari http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com.

Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2 pula akan diadakan di Melaka pada bulan Jun 2009. Segala butiran mengenai kejohanan boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com.

;;

pilihan minggu ini