20, November 2009, Kuala Lumpur, Sports Galaxy dengan bangga memaklumkan bahawa produk FLEXi ICE BAG telah pun memenangi pingat Perak dalam pertandingan rekacipta dan inovasi peringkat dunia 'International Trade Fair (IENA 2009) yang baru diadakan di Nuremberg, Jerman pada 5-8 November 2009 yang lalu.
Produk hasil rekaan dan inovasi oleh En. Mohd Zaihan M Zainal, Pengurus Besar Sports Galaxy dan En. Mohd Noorazam Abd Razak, Pensyarah Fakulti Pendidikan, UiTM serta kaliborasi Majlis Sukan Negara melalui Prof. Madya Dr. Anuar Suun (seorang pakar perubatan sukan) sebelum ini telah pun memenangi Pingat Emas sewaktu pertandingan peringkat UiTM (IID 2008 pada 13-15 Januari 2009) dan pertandingan peringkat kebangsaan (PECIPTA 2009 pada 8-10 Oktober 2009 di KLCC). Justeru, berbekalkan kemenangan tersebut memberikan semangat yang tinggi untuk memenangi sebarang pingat di peringkat dunia.
Namun begitu, menurut En Zaihan pihaknya tidak menyangka yang produk tersebut berjaya menambat hati juri sehingga memenangi pingat Perak iaitu suatu pengiktirafan yang tinggi dalam bidang penciptaan. Produk tersebut mendapat reaksi positif daripada setiap pengunjung yang hadir. Kebanyakan peminat bolasepak dan sukan lain di Eropah menyatakan bahawa produk itu mampu menembus pasaran Eropah dan mereka mahu ia dipasarkan segera.
Sehingga kesaat ini, produk tersebut telahpun menjalani proses-proses penghasilan secara global. Antaranya seperti menyiapkan proses legal, branding, dan sebagainya.
Produk ini dijangka dapat dipasarkan di pasaran domestik seawal April 2010 dan memasuki pasaran antarabangsa pada awal Januari 2011.
Pihak kami sangat berharap agar rakan-rakan, sahabat, pengikut serta kenalan dapat memperkenalkan kepada badan-badan sukan serta organisasi-organisasi yang saudara-saudari sertai atau kenali.
Sekian.
Kejohanan Futsal Jaguh Kampung 2009 siri 2 di Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 1 Ogos 2009 akan ditunda kepada 15 Ogos 2009. Hal tersebut adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dapat dielakkan.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur iaitu Saudara Mazelan , kejohanan tersebut terpaksa di tangguhkan kepada 15 hb Ogos atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Apabila diajukan mengenai adakah soal kurangnya penyertaan menyebabkan kejohanan ini ditangguhkan jawab beliau anggapan tersebut ternyata liar dan salah. Sebanarnya, setakat hari ini sebanyak 60 pasukan telah mendaftar dimana hampir 80% adalah pasukan tempatan.
Saudara Mohd Zaihan M Zainal yang merupakan pengasas kejohanan tersebut berkata bahawa perubahan tarikh tersebut adalah disebabkan mahu memastikan program tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka. Hal ini kerana Ketua Menteri tidak dapat meluangkan masa pada tarikh asal kejohanan iaitu 1 Ogos 2009 kerana urusan pentadbiran yang lebih utama. Justeru, tarikh 15 Ogos 2009 dikatakan tarikh yang sangat sesuai untuk beliau merasmikan kejohanan yang julung kalinya diadakan di negeri Melaka.
Selaku pengarah kepada kejohanan tersebut, Sdr Zaihan ingin mengajak seluruh pemain dan peminat futsal tanahair untuk turut serta dalam kejohanan ini yang akan mempertaruhkan Bagi kategori Lelaki hadiah untuk Johan=RM5000, Naib Johan=RM3000, Ke-3=RM1000 dan ke-4=RM500 beserta hadiah iringan masing-masing. Manakala, bagi kategoriwanita pula akan menyaksikanJohan=RM1000, Naib Johan=RM700, Ke-3=RM400 dan Ke-4=RM300.
Disebabkan tarikh kejohanan itu telah ditunda maka, tarikh tutup penyertaan juga dilanjutkan kepada 12hb Ogos 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 satu pasukan kategori lelaki dan RM 150 bagi kategori wanita
Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com email ke zaihan17@hotmail.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan).
SINAR HARIAN DAN MAJALAH ARENA BOLASEPAK DILANTIK MEDIA RASMI FUTSAL JAGUH KAMPUNG 2009 MELAKA
0 comments Dihantar oleh Sports Galaxy pada 12:01 PMKejohanan yang dianjurkan oleh Sports Galaxy, Gerakan Belia 4B Ayer Molek Darat dan Tamb dengan kerjasama Kementeriak Paya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah melantik akhbar Sinar Harian selaku media penyiar rasmi kejohanan tersebut.
Menurut Sdr. Mazlan, Pengarah Kejohanan, “pemilihan akhbar Sinar Harian sebagai akhbar rasmi menepati golongan sasaran pertandingan kerana dewasa ini saya lihat ramai anak-anak muda serta golongan belia lebih gemar membaca akhbar ini.” Beliau mensasarkan pasukan-pasukan tempatan sekitar negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Johor serta pasukan luar seperti daripada Kuala Lumpur, Selangor dan Pahang akan turut memeriahkan kejohanan ini.
Sehubungan dengan itu juga pihak penganjur juga telah melantik majalah Arena Bolasepak sebagai majalah rasmi kejohanan. Pemilihan majalah tersebut adalah disebabkan pihak penganjur merasakan bahawa majalah ABS adalah majalah nombor satu sukan bolasepak di
Pemilihan media penyiar rasmi tersebut dianggap sebagai langkah seterusnya penganjur untuk memastikan segala informasi atau perubahan akan sampai kepada peserta dan peminat.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30hb Julai 2009 jam 9.00 malam. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM250 satu pasukan kategori lelaki dan RM 150 bagi kategori wanita. Namun begitu, pasukan yang mendaftar sebelum 20hb Julai 2009 hanya membayar RM200 (Lelaki) dan RM 130 (Wanita).
Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com email ke zaihan17@hotmail.com atau menghubungi 0133809717 (zaihan).
JAGUH KAMPUNG TAWAR HADIAH LEBIH RM 11,900 HADIAH TUNAI
0 comments Dihantar oleh Sports Galaxy pada 7:23 AMSiri kejohanan seterusnya akan diadakan di Sports Planet, Cheng, Melaka pada 1 Ogos 2009 (Sabtu) bermula 9 pagi hingga 7 petang. Kejohanan kali ini dianjurkan oleh Sports Galaxy, Gerakan Belia 4B Ayer Molek Darat dan Gerakan Belia 4B Tambak Paya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Belia dan Sukan serta agensi-agensi lain.
Kejohanan ini menawarkan hadiah tunai lebih RM11900 untuk pemenang. Keunikan kejohanan siri Jaguh Kampung di Melaka kali ini akan menampilkan kategori Lelaki dan Wanita.
Bagi kategori Lelaki hadiah untuk Johan=RM5000, Naib Johan=RM3000, Ke-3=RM1000 dan ke-4=RM500 beserta hadiah iringan masing-masing. Manakala, bagi kategori wanita pula akan menyaksikan Johan=RM1000, Naib Johan=RM700, Ke-3=RM400 dan Ke-4=RM300.
Yuran penyertaan pula adalah RM250 untuk kategori Lelaki dan RM150 bagi kategori Perempuan. Tarikh akhir mendaftar adalah pada 16hb Julai 2009. Manakala pasukan-pasukan yang mendaftar sebelum 20hb Julai 2009 hanya perlu membayar RM200 (Lelaki) dan RM130 (Wanita). Dan 20 pasukan terawal akan menerima hadiah istimewa daripada penganjur.
Sebarang penyertaan boleh dibuat terus dengan membuat pembayaran di akaun Maybank atas nama Sports Galaxy bernombor 562106-226728 dan kemudian terus sms nama pasukan, pengurus dan tarikh resit/ nombor resit di 013-3809717. Resit pembayaran harus disimpan untuk dibawa bersama borang pendaftaran pada sesi pendaftaran sebelum perlawanan. Borang untuk menyertai kejohanan ini boleh didapati di laman web tertera di bawah.
Segala makumat berkenaan juga boleh didapati di laman web http://galaksisukan.blogspot.com atau di www.keretamaya.com serta boleh datang terus ke Pusat Futsal Sports Planet, Melaka atau email ke abscergas@yahoo.com atau menghubungi 0133809717 (Zaihan). Berita-berita mengenai kejohanan boleh didapati di Akhbar Sinar Harian dan Majlah Arena Bolasepak.
Jawatankuasa Kerja Kejohanan FUTSAL JAGUH KAMPUNG 2009-siri 2-Melaka dibentuk.
0 comments Dihantar oleh Sports Galaxy pada 9:48 PMSukan FUTSAL adalah sejenis permainan daripada pecahan sukan bolasepak. Ianya telah mula dimainkan tanpa format pada penghujung 1980-an di Brazil. Ketika itu, sukan bolasepak merupakan sukan yang dianggap sebagai tuhan ke-2 oleh penduduk
Bandaraya Rio de Jenero merupakan ibukota
Kebanjiran pusat-pusat futsal mula beroperasi di
Oleh sebab itu, kami dari SPORTS GALAXY juga tidak mahu ketinggalan dalam sama-sama mengemilangkan sukan futsal ini. Idea asal datang apabila Sdr. Zaihan mendapati prestasi sukan bolasepak Negara semakin merosot. Justeru, sesuatu harus dilakukan. Oleh yang demikian, melalui beberapa penelitian dan perbincangan kami memilih untuk keluar daripada kepompong biasa iaitu mengadakan kejohanan atau pertandingan di kawasan-kawasan bandar. Kami percaya bahawa pasukan-pasukan daripada kampung-kampung juga mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk berkembang.